1

Teratak Afrina

Posted by Ckg Mirul on April 23, 2010 in Aktiviti |

  

Teratak Afrina

Saya terpaksa meninggalkan kelas saya lagi untuk terus menjadi guru pengiring bg program motivasi kepimpinan untuk Badan Kepimpinan Pelajar SM Sains Kepala Batas dari 21 – 23 April 2010 bertempat di Teratak Afrina yang terletak di Batu Kurau, Taiping, Perak Darul Ridzuan

Tetapi tidak mengapa, kesemua kelas saya (1 Alpha, 1 Beta, 2 Alpha, 2 Delta & 2 Gamma) yang tinggalkan waktu P & P, telah ditinggalkan latihan mengikut hari yang saya tinggalkan. Saya berharap kesemua kelas saya akan menyiapkan latihan-latihan tersebut di dalam buku latihan yang telah saya nyatakan. 

Sekarang ni jom kita belek belek…apa yang ada dalam Teratak Afrina ni… 

Teratak Afrina ni memang sesuai diadakan program motivasi dan aktiviti lasak. Kawasan chalet ini terletak di dalam kawasan dusun dan berhampiran dengan kawasan hutan. Aktiviti seperti Abseiling,  Flying Fox, Jungle Tracking & Night Walk telah berjalan lancar sepanjang kami berada di Teratak Afrina.

1 Comment

  • azham says:

    hehe. camping yang terbaik yang pernah saya ikut!! =) to cikgu amirul’s follower, kindly visit my blog at http://azham.smskb.edu.my/. Leave your comments. Positive comments yang membangunkan masyarakat amat digalakkan. WIll be deeply appreciated. Negative comment yang berniat untuk jatuhkan tidak akan dilayan sama sekali. Kalau anda rasa anda boleh melakukan lebih baik dari saya. BUAT! jangan asyik komen2. =) one peace!

Copyright © 2010-2014 Blog Cikgu Amirul All rights reserved.
This site is using the Desk Mess Mirrored theme, v2.0, from BuyNowShop.com.