Penilaian
Sudah menjadi lumrah seorang guru, apabila selesai mengajar dan memberi latihan untuk sesuatu bab atau unit dalam mata pelajaran tertentu, pelajar akan dinilai atau diuji dengan soalan-soalan. Bagi saya pula, saya lebih gemar menggunakan istilah ‘kuiz’. Sama taraf istilahnya dengan institusi pengajian tinggi yang bermaksud ‘ujian pendek’.
Pelajar akan diuji dengan soalan yang merangkumi sub topik bab tertentu sahaja. Markah kuiz akan dikumpulkan hingga ke ujian dalaman yang seterusnya, paling dekat, Ujian Penilaian 2 yang bakal berlangsung Ogos depan.
Saya menggunakan blog saya ini untuk menyalurkan soalan-soalan kuiz matematik saya. Semua pelajar kelas matematik saya akan mengambil soalan dari blog saya dan terus menjawab di test pad masing-masing.
Pendekatan ini saya gunakan supaya pelajar saya dapat menggunakan teknologi maklumat dalam menjawab soalan matematik. Semoga berjaya anak didikku, PMR 2 Gamma dan PMR 2 Sigma.
Jalan Jalan
Cuti sekolah bermula lagi iaitu Cuti Pertengahan Tahun 2011 dari 28 Mei hingga 12 Jun 2011. Cuti kali ni agak muram bagi saya. Pertamanya, sekali lagi parent saya dan adik bongsu saya ke Manchester hingga awal Ogos 2011. Keduanya, saya diganggu oleh orang yang takleh tengok saya senang. Ada je isu yang nak ditimbulkan. Dah naik menyampah pun ada. Sebab ni dah dua kali saya diganggu dengan isu yang sama. Pelik sungguh! Bila saya dok diam, kene ganggu gak. Kalau nanti outspoken, lagi la teruk kene. Tatau laaa…adehhh
Langkah pertama, saya menghilangkan diri ke Perlis pada 20 – 21 Mei 2011. Saya pi lepak dengan orang yang saya rasakan mampu hilang keserabutan saya. Memang beshh… Langkah kedua pula, saya melarikan diri ke Selangor bersama dengan adik saya yang keje di Batu Kawan. Pi rumah makcik iaitu adik kepada bapa saya. Pastu dah alang-alang sampai sana, saya pun terus ke Kuala Lumpur. Kene pulak ada pementasan Kenangan Mengusik Jiwa…60an. Wahh! Menarik ni… Kami berdua pun layan teater tu… Wish our father with us at that time. Pasti lebih menarik…
Elok je abih pementasan, dalam dok saya dengan adik saya belek-belek t-shirt, muncul beberapa artis teater tersebut. So saya pun apa lagi, bergegas jumpa artis tu, minta izin nak bergambar dengan dia.
Teater ni teater muzikal. Jadi jalan ceritanya banyak diwarnai dengan nyanyian dan tarian. Memang beshh. Saya rasa sangat terhibur. Kalau hangpa ada kelapangan, hangpa patut ajak parent hangpa mai tgk teater kat Istana Budaya ni.
Minggu Berminggu Terbelenggu
Kehidupan seorang pelajar selalu diuji. Antaranya adalah, konflik diri yang melibat emosi dan fizikal, percanggahan pendapat, terikat pada peraturan yang sengaja dibebankan & minggu peperiksaan.
Memanglah semua pelajar, tak kira belajar di sekolah mana pun, tetap akan mengharungi minggu peperiksaan. Paling lekeh pun setahun 4 kali. Cuma adakalanya yang menjadi kebimbangan para guru, adakah anak didiknya telah bersedia dengan sepenuh hati untuk minggu peperiksaan ini?
Pelajar perlu sedar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Pastinya amanah tersebut datangnya dari ibu bapa mereka sendiri. Guru hanya sekadar pembimbing dan seterusnya memastikan amanah yang dipikul oleh pelajar tersebut dapat direalisasikan.
Usaha dan terus berusaha. Antara kata-kata yang kerap dilafazkan setiap kali datangnya minggu peperiksaan. Tapi sejauh mana pelajar tersebut memahami makna ‘usaha’ itu sendiri. Adakah sekadar untuk lulus peperiksaan? Atau adakah untuk mendapat keputusan yang cemerlang?
Saya berpesan kepada semua pelajar yang membaca blog saya ini. Pesanan saya agar semua pelajar tahu apa yang perlukan dilakukan. Bukan sekadar itu, tapi tahu meletakkan keutamaan terhadap semua perkara yang hendak dilakukan. Tahu mana yang patut dilakukan terlebih dahulu dan yang mana pula boleh dilakukan kemudian. Setelah itu, tahu untuk meminta bantuan sekiranya ‘tersangkut’ sewaktu melaksanakan tugasan yang diberi. Perlu diingatkan, meminta bantuan bukan bermakna anda lemah! Tapi, ia akan mencerminkan betapa cekapnya kita menguruskan dan menyelesaikan sesuatu masalah.
Banggakanlah ibu bapa anda. Tanpa mereka, anda tidak akan lahir di dunia ini.
Mohonlah restu dari guru anda. Tanpa mereka pula, anda tidaklah mendapat ilmu yang diperolehi setakat ini.
Semoga berjaya untuk semua.
Happy Birthday!!
Happy Birthday!!
Happy Chinese New Year
Xinnian Kuai Le & Gong Xi Fa Cai to Miss Ng from SAKBA…
Gembira? Ya!… Sedih? Tak kot… Geram? Haaa…mungkin! hehe…
Hari ni merupakan hari terakhir persekolahan untuk bulan Januari 2011. Kerana bermula pada petang ni, lebih kurang pkl 3pm, semua pelajar dibenarkan PBM hinggalah 6 Februari 2011. Ia bersempena Cuti Tahun Baru Cina yang bakal disambut di seluruh negara pada minggu hadapan. Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan “Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai” kepada Cikgu Ng (Lausher Ng), guru Bahasa Mandarin SAKBA.
Saya telah banyak mendengar keluh kesah dari majoriti pelajar Tingkatan 1. Ramai di antara mereka sangat GEMBIRA sebab dapat PBM selama seminggu bersama keluarga masing-masing. Jadi, tiadalah mereka SEDIH akan hal tersebut. Akan tetapi… depa ni GERAM sebab ole-ole banyak sangat!!! hehe… Katanya, tak dapat nak luangkan masa bersama keluarga. Untuk itu, saya hanya katakan… “WELCOME TO SMSKB”
Nasihat saya, rancang dan uruskan masa dengan baik sepanjang cuti ini. Supaya korang dapat selesaikan semua ole-ole yang diberi tanpa menjejaskan masa kualiti korang dengan keluarga masing-masing. UTAMAKAN yang perlu, KURANGKAN beri tumpuan pada perkara yang boleh ditangguh dan TINGGALKAN terus xtvt yang merugikan masa. Insyallah, anda semua akan back on track…
Ishh ishh ishh…
Bermulalah semula tugas saya mendidik pelajar baru tingkatan 1 bagi tahun 2011 pula. Agak lama saya tidak update kandungan dalam blog saya ni. Respond yang saya terima dari pelajar SAKBA, ada yang menjadi pengikut setia blog saya ni. Terima kasih saya ucapkan. Disebabkan oleh ruang masa lapang yang makin terhad dengan xtvt rasmi, harian, peribadi dan dot dot dot… membuatkan saya langsung kering idea untuk menulis. Akan tetapi bila saya mula mengajar di dalam kelas PMR 1 Alpha ni, telah berlaku satu insiden yang membuatkan saya kembali terdetik untuk kembali mencoret di blog ini.
Tidaklah besar mana pun isunya… cuma adakalanya, bila terlalu ‘lurus bendul’ dalam memberi maklum balas, akan mendapat satu tanggapan yang sebalik pada yang mendengar. Jadi, untuk menjadi orang yang lebih matang dalam kehidupan, adakalanya respond yang diberikan, perlu mengikut situasi. Bukanlah saya mengajak atau menyuruh korang semua berbohong… tetapi cubalah beri satu respond yang dapat meredakan sesuatu keadaan yang dah sememangnya kucar-kacir dari menjadi lebih buruk…
Merdeka!
Salam kemerdekaan ke-53 buat semua rakyat negara Malaysia. Untuk mencapai kemerdekaan hingga ke hari ini, bukan mudah. Banyak pengorbanan telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu untuk teruskan memastikan kita dan generasi yang seterusnya menikmati kemerdekaan ini. Kibarkanlah jalur gemilang sepanjang bulan kemerdekaan. Itulah tandanya kita hargai kemerdekaan negara kita ini. Kekalkan kemerdekaan ini…kerana, tanpa mengira bangsa dan budaya, kita adalah rakyat Malaysia yang berdaulat….
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Kejayaan Kalian Dalam Doaku
Selamat menduduki Ujian Penilaian 2 kepada semua pelajar SAKBA terutamanya pada Tingkatan 1, 2 & 4 dari hari ni hinggalah 20 Ogos 2010 nanti. Saya berharap pada ujian kali ini, anda semua akan dapat kejayaan yang lebih baik dari peperiksaan yang lalu. Berdoalah dan bertawakallah kepada Allah (bagi mereka yang beragama Islam). Semoga anda semua diberkati…





















